Dari rumahnya di Jalan Hakea Cr di kawasan O'Connor, Katie Hayne memandu sendirian. Kenderaan tak terlalu sibuk pada pagi-pagi Sabtu yang cuti begini. Jadi dia memandu dengan terlalu santai dan bersahaja. Sesekali dia mengeluh dan menghembuskan lelah yang terbuku lama dalam dada. Resah!
Katie Hayne menyanyi perlahan-lahan, mengikuti suara Mariah Carey yang sedang berlagu dengan Through The Rain pada pemain cd keretanya. Dia menekan punat cermin, dan angin pagi pun menerpa masuk dari sisi kanannya. Pun begitu, dia tetap sama - resah, gelisah dan gundah!
Dari Jalan Macarthur Avenue dia menyimpang ke kanan kepada Northbourne Avenue dan Suzuki Swift biru metalik meluncur tenang tanpa gangguan melewati City of Canberra. Sekilas dia mengerling kepada Bourbon Bar yang dikunjunginya semalam, "Nama saya Haikal!" Ah, manisnya senyuman lelaki itu. Menggoda! Oh tuhan, terjegilnya anak mata gadis manis di sisinya, terperanjat Katie Hayne!
"Nak ke mana awal-awal pagi nih?" Soal Mama sebentar tadi sebelum dia menghidupkan enjin keretanya. Ketika itu mentari pagi baru sahaja berkelip beberapa kali pada dada perdaerahan Canberra ini. Suara unggas pula baru sahaja memainkan lagu-lagu alam yang damai. Ada burung camar putih dan punai rimba yang hinggap pada pepohon gum tree pada hadapan jalan rumahnya dan burung-burung itu bersuara meriah, mungkin berebutkan sarapan pagi dari ulat-ulat kecil pada batang gum tree.
"Lake Burley Griffin, mama!" Ringkas. Katie Hayne sempat menyoroti Mama, kasihan. Kematian Papa menyebabkan Mama terpaksa mengambil alih tugas mencari nafkah keluarga. Dia? Ah, dia sendiri terpaksa berkorban dengan bekerja sambilan sebagai cashier di restoran makanan segera Kingsley's. Entahlah bagaimana nanti kalau dia diterima melanjutkan pengajiannya di universiti? Mungkin dia terpaksa berhenti kerja untuk memberi lebih perhatian kepada pelajarannya. Bagaimana Mama nanti? Terlontar keluhan berat dari Katie Hayne demi mengenangkan keperitan Mama nanti.
"Awal pulak kau pagi nih ..." ujar Mama. Ada rona hairan yang terlukis pada kanvas wajah Mama. Katie Hayne hanya tersenyum. Mama yang baru pulang dari kerja sebagai pencuci bangunan di University of Canberra itu mengesat anak-anak peluh yang masih tergenang pada dahi luasnya. Kemudian Mama bernafas lega semberi membalas senyum.
"Selalunya kalau hari cuti macam nih dan tak bekerja ... masa-masa macam nih kau masih merengkok atas katil ..." Mama tersenyum lagi. Cantik! Ah, betapa Mama tak mengetahui yang anak sulungnya ini semalaman tak mampu melelapkan mata walau sesaat pun. Setiap kali Katie Hayne cuba memaksa matanya untuk pejam dan yang datang adalah bayang-bayang yang meniupkan resah dan gundah ke dalam nuraninya. Puas dia mengiring ke kanan, ke kiri, menelentang, meniarap, malahan, tetapi mata tetap degil, hati tetap disambar degup-degup dip-dup-dip-dup yang tak ketentuan, sejak dihantar pulang dari Bourbon Bar oleh Mira, kawan barunya.
"Kau seorang sahaja?" tukas Mama lagi. Gunting pokok yang sederhana besar dicapai oleh Mama dan dia mulai mencantas helaian-helaian dedaunan yang kering pada pokok-pokok hiasan taman yang pelbagai rupa itu.
"Ya!" Katie Hayne angguk sambil membetulkan ikatan rambutnya. Matanya sempat melihat sekuntum bunga mawar merah yang baru mulai berkembang di tepi pintu masuk rumah. Ah, musim dingin sudah hampir berlalu, mungkin seminggu dua nanti akan datangnya musim bunga yang berwarna-warni, berwarna bahagia.
"Hati-hati sikit! Sekarang nih jenayah yang bukan-bukan banyak sangat ... risau Mama!"
Katie Hayne tahu Mama seorang ibu yang terlalu penyayang. Sempat dia menghadiahkan sekuntum senyum, "kasihan Mama!" bisiknya lagi. Wajah Mama tampak lebih tua dari usia Mama yang baru sahaja 43 tahun. Ah, beban tugas sebagai seorang pencuci bangunan di sebelah pagi dan pelayan restoran pada sebelah awal petang santak ke senja tentu sahaja memamah kudrat Mama dan lantas tampang jadi lebih cepat berkedut.
Papa mati dua tahun lalu kerana barah sumsum tulang. Sejak itu kehidupan keluarga dicorakkan oleh Mama. Mamalah ibu dan sekaligus bapa kepada Katie Hayne dan adik perempuannya yang masih bersekolah di peringkat menengah rendah. Mujur juga Papa semasa hayatnya berjawatan agak baik, sebagai seorang pegawai kewangan dengan syarikat TransACT yang terlibat dengan pengendalian talian telefon dan internet, jadi adalah sedikit simpanan kewangan. Kereta Suzuki Swift yang digunakannya ini pula dibeli oleh arwah Papa ketika syarikatnya memberikan bonus kerana kecemerlangan prestasi kerjanya. Ah, rupanya itulah hadiah terakhir dari Papa sebelum Papa jatuh sakit dan menderita selama hampir setahun sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Sebelum keretanya melonjak naik ke Jambatan Commonwealth Avenue Katie Hayne mengambil susur kiri - Acton Park! Ah, segalanya masih sunyi dan tenang, sesunyi hatinya jua. Hati sunyinya yang berhasrat kepada seorang teman bicara, pembunuh kebosanan. Angin tasik bertiup damai, daun-daun pohon willow yang berjuntaian pada tepi-tepi tasik kelihatan menari-nari apabila disapa oleh angin yang berpupuk, beberapa pasangan warga emas kelihatan berlarian anak untuk senaman pagi, dan Katie Hayne menjadi aman seketika.
"Haikal ..." Itulah kalimah sulung yang terberanak tiba-tiba tatkala enjin keretanya baru sahaja dimatikan. Katie Hayne yang masih terbenam dalam perut keretanya mengeluh lagi,
"Senyuman lelaki itu penangan membuatkan aku semalaman terawang-awang!" getus Katie Hayne sambil anak matanya merenung rupa Lake Burley Griffin yang luas dan mengambil sebahagian besar dari kawasan City of Canberra ini. Sebenarnya, mengikut sejarah tasik ini dinamakan sempena dengan Walter Burley Griffin yang merupakan arkitek kepada pembinaan bandar Canberra pada tahun 1913 lagi.
"Lelaki itu ada karismanya, seperti magnet hidup!" naluri Katie Hayne berombakkan resah, mindanya seperti timpa-menimpa oleh rupa pemuda tinggi lampai bertubuh tegap itu; kulit kuning langsat, kumis terpotong kemas, rambut santak ke bahu, ah seperti tiada apa yang kurangnya kepada anak muda itu.
Katie Hayne, selama ini dia langsung tak terliur dengan mana-mana lelaki yang ditemuinya! Ya, keinginan untuk berteman hidup seperti sahaja mati bersama kematian Cristopher yang mengalami ketagihan arak yang teruk. Dan sejak itu hatinya tertutup bagai pergi bersemadi bersama dengan jasad lelaki yang dicintainya itu. Tetapi, tetapi ... lelaki ini? Hembusan Katie Hayne bersebati dalam angin pagi yang berpupuk damai.
Katie Hayne merenung sepasang itik serati yang bermain-main di bibir tasik, nampak bahagia sekali, "oh Tuhan, aku pun perlukan dia sebagai teman!" Sempat Katie Hayne merenung mentari, seperti sahaja kononnya Tuhan berada pada mentari yang mulai menjingga itu. Seketika kemudian pandangannya singgah pada bangunan National Library of Canberra di seberang tasik, berhampiran dengan Old Parliment House of Australia dan Canberra Hotel.
Alangkah, alangkah, ah alangkah indahnya kalau malam tadi aku boleh berlama-lama dengan lelaki itu; Katie Hayne mula memetai angan-angan melukis-lukis harapan yang tak pasti lagi di mana sumbernya.
"Mira?" Katie Hayne makin ditampar keresahan. Masih jelas bagaimana merah dan membara renungan Mira apabila disapa oleh Haikal semalam. Dan tatkala lensa Haikal dan Mira bertembung, Katie Hayne sendiri dapat merasai akan kehangatannya. Lantas saat itu Katie Hayne sudah boleh menyimpulkan; ada perseteruan di antara mereka, ada dendam lama yang tak pernah terkubur. Ah, malangnya yang akan tersepit adalah aku, Katie Hayne!
"Aku tak suka Katie berbaik-baik dengan jantan tu!" Katie Hayne masih ingat, sungguh-sungguh ingat akan pesanan Mira semalam, ketika di Bourbon Bar sebelum seteguk white wine menyinggahi kerongkong gadis Melayu yang dikenalinya ketika dia bekerja di Kingsley's. Sempat Katie Hayne melemparkan pandangannya kepada Mira - ah, ada rona keras pada wajah Mira, senada dengan bicara Mira yang berbunyi ancaman itu.
"Tetapi kenapa?"
"Jantan, Katie! Aku kenal Haikal tu ... luar dan dalam! Dan kau harus tahu ... itulah syaitan yang kelaparan betina cantik atas ranjang!" Keras! Jawapan Mira itu bersama dengan secupak kebencian pada raut wajahnya.
"Dan kau harus tahu, Katie ... syaitan bernama Haikal itu akan terbang berlalu setelah mengkederah darah betina muda. Jangan sampai Katie pun terperangkap dengan syaitan tu ... dan nanti-nanti tertinggal sendirian terkapar-kapar. Ingat tu!" Ada renungan dari Mira mendatangi lensa Katie Hayne. Tajam. Menikam.
Katie Hayne jadi terdiam langsung, ada gerun. Katie Hayne mengangguk, terpaksa, sembari anak tekaknya meneguk air liur yang terasa sedikit payau. Sebetulnya, sebetulnya ketika itu Katie Hayne baru sahaja berkira-kira untuk bertanyakan Mira tentang lelaki itu, ya tentang Haikal yang meruntun sukma. Tetapi, tatkala menerima amaran sebegitu dari Mira, Katie Hayne membatalkan niat soalannya itu.
"Selamat pagi!" Oh, Katie Hayne yang tercatuk sendirian di bangku kayu usang di tepi Lake Burley Graffin itu menjadi betul-betul terkejut apabila disapa begitu oleh dua orang gadis asing yang lengkap berpakaian sukan dan terpecah renih-renih peluh pada wajah mereka. Langsung sahaja ingatan Katie Hayne kepada Mira, kepada Haikal berambus ke dunia mana.
"Er ... er, ya, selamat pagi!" Katie Hayne memaksa juga untuk tersenyum walaupun dirinya masih terapung dalam kepanikan. Dua ekor camar putih yang cantik mendarat dan memamah sisa-sisa roti yang dilempar oleh Katie Hayne beberapa ketika tadi.
"Kamu apa khabar? Seorang sahaja?"
"Baik-baik sahaja ... " Mereka menghadiahkan Katie Hayne senyuman yang cantik, seceria wajah mentari yang mulai meminjamkan warna jingganya pada seluruh alam.
"Semoga beroleh hari yang gembira, ya!" Sambil melambai-lambaikan kepada Katie Hayne
dua gadis berwajah Arab yang bertudung kepala itu berlalu demi meneruskan jogging mereka. Katie Hayne termanggu-manggu, anak matanya berkesip-kesip memandang mereka sebelum hilang di balik pepohon willow dan pollar yang berceratuk di sepanjang denai larian di sekeliling Lake Burley Graffin.
Sapa-sapaan begitu adalah sesuatu yang normal di sini. Sesiapa sahaja akan bertegur-sapa sekadar "selamat pagi, apa khabar?" dan di akhir sapaan ringkas selalunya ada seperti doa kecil, "semoga beroleh hari yang gembira!" Ah, Katie Hayne cukup senang dengan budaya yang masih terpelihara kemas dalam celupa masyarakat Australianya. Malahan, warga asing yang datang ke sini pun boleh menerima budaya bersapa-sapaan ini dengan begitu baik. Ya, impian untuk berbaik-baik semasa manusia di jagat raya ini sepatutnya ada di dalam setiap benak manusia yang merindui kedamaian dan membenci peperangan, harap Katie Hayne sambil tersenyum sendiri.
"Bagaimana nih? Mira? Haikal?" Katie Hayne kembali dikerumuni resah. Hatinya kembali dikunjungi keliru dan terkaram di kolam dilema. Sesekali mata Katie Hayne leka merenung bunga-bunga magnolia yang sudah menguakkan putiknya. Bunga-bunga cherry blossom yang banyak ditanam di Acton Park ini pula seperti tidak sabar untuk menanti datangnya musim bunga. Cantik-cantik, ada merah dan ada yang putih. Ya, musim bunga yang meriah, musim bunga yang berwarna-warni. Nanti bandar Canberra akan jadi lebih meriah dan segar.
"Tetapi, tetapi, hati aku? Oh hati, bilakah akan berseminya musim-musim bunga?" getus Katie Hayne memeluk tubuhnya yang tiba-tiba menjadi sejuk dengan angin tasik. Debunga-debunga ada berguguran pada cucur kepalanya, dibiarnya begitu demi menantikan berlalunya resah yang bersarang di jiwanya, keresahan kerana teman itu, Mira! Keresahan lebih-lebihnya, kerna lelaki itu, Haikal!
Friday, August 31, 2007
Thursday, August 30, 2007
BAB 3
"Jantan tak guna! Celaka kau, Haikal!" Dia meludah. Harapnya air ludahan itu akan lolos antara cermin kaca yang terbuka dan jatuh ke bawah, malangnya tersasar. Setompok ludahnya yang pekat tertampal pada kaca jernih.
Dia merenung ke luar dari biliknya di tingkat atas Graduate House. Ada kelam pada pepohon willow yang tumbuh subur dan dedaunnya bergayutan bagai tali dari langit di sepanjang Garran Road, Australian National University itu, "kau akan kalah kali nih, Haikal!" Dia ludah lagi, bersama ombak amarah, bersama gelombang dendam, dendam yang takkan padam, tak mungkin!
Di luar, bandar Canberra; kawasan yang menjadi ibu negara Australia dengan penghuninya yang hampir 300,000 itu tetap terjajah oleh kedinginan tetapi hatinya tetap panas dan mendidih, "Katie Hayne itu hak aku ... " Kemudian tawanya terpecah tiba-tiba. Dari anak matanya Menzies Library di sisi kawasan Mcdonald Place di tengah-tengah Australian National University itu tetap kelihatan gagah. Tetapi, bayang-bayang Haikal memenuhi pelupuk matanya tiba-tiba, dan kemudian susuk tubuh Jennifer yang bergurau-senda dan cumbu-cumbu dengan jantan jahanam itu datang seperti berwayang pada dinding Menzies Library. Entah, dia sebak tiba-tiba seperti ada angin lembut yang berhimpun penuh pada dadanya,
"Jennifer ... sepatutnya kau milik aku! Milik aku!" Dia mengelus-elus anak matanya, ada benih-benih air yang berkolam serta-merta, tak dipinta pun. Hatinya betul-betul sakit, mendidih tatkala memandang kemesraan Haikal dan Jennifer sebentar tadi, berbaur dengan perasaannya yang kecewa. Kalau dia tahu jantan jahanam itu ada di tengah-tengah Bourbon Bar, apatah lagi dengan Jennifer, sumpah dia takkan pergi ke meja jahanam itu, meja yang adanya jantan jahanam Haikal. Dia menyesal sungguh-sungguh. Dan kekesalan itu bertimbun-timbun bersama renungan tajam jantan jahanam Haikal kepada Katie Hayne yang dibawanya bersama. Tunak dan tak berkelip mata Haikal meratah wajah Katie Hayne yang manis lemak itu.
Tuss!! seketul air ludahnya yang berkahak terbenam ke dalam bakul sampah di hujung kaki, hatinya benar-benar menanah. Kerna lampu Bourbon Bar yang samar-samar, apatah lagi lampu aneka warna pada pucuk kepala yang berputar-putar dan memeningkan, dia hanya nampak Andrew melambai-lambai memanggil dia datang, dan lalu dia terpanggil ke meja jahanam itu. Dan memang jahanam, rupanya Haikal dan Jennifer ada sama dan membelakangkan pintu masuk. Ah, kalau dia tahu Haikal dan Jennifer (Jenniferku!) ada bersama dengan Andrew dibayar 1000 dolar pun takkan dia pergi. Dia benci, sungguh benci akan jantan jahanam Haikal itu,
"Celaka kau, Haikal! Jantan sial!!!" Tin coca-cola dengan separuh lagi isinya kemek di tangannya.
Angin musim dingin merusuh tiba-tiba, seperti nalurinya yang berdendam. Canberra yang di sebelah selatannya bermula dengan kawasan Gordon dan Banks dan utaranya berakhir dengan Wallaroo dan Jacka terasa bergegar tiba-tiba, seperti ada gempa, seperti ada letupan lahar yang berapi. Pepohon pollar yang tinggi tirus seperti pepohon pine kelihatan terketar-ketar dijerkah oleh angin awal pagi. Dia menutup sedikit birai tingkap yang terkuak. Dingin pun berkurang sedikit dan reda pada kira sepuluh saat kemudiannya,
"Katie Hayne hak aku sampai bila-bila, Haikal!" Dia tersenyum, melempar tin coca-cola kemik kepada bakul sampah di bawah meja belajarnya dengan sebuah laptop yang ternganga di sebelah atas meja. Di sebelah laptop, setimbun kerja-kerja assignment Theory of Modern Economics yang separuh jalan. Helaian-helaian kertas A4 yang siap ditindan dengan batu pemberat masih tetap dijajah oleh angin yang masuk, "kau akan kalah Haikal. Kalah! Kau akan kenal nanti siapa Mira nih ..." Dia tersenyum, melebar, besar-besar, seperti orang yang menang loteri.
Syarifah Amira Syed Aidad, atau Mira di bilik asramanya di Graduate House malam itu, selepas pulang dari Bourbon Bar sepicing pun tak boleh terlelap. Geram, resah, marah, gelisah, dendam, bimbang, semuanya bersatu, bergaul jadi sebati dan memantul-mantul di dalam jiwanya. Dan puncanya, Haikal, Ahmad Haikal, jantan jahanam! Dan puncanya, Katie Hayne - aku tak mungkin kehilangan kau, Mira mendengus-dengus dalam dingin pagi.
"Pisang takkan berbuah dua kali. Dan, aku Mira takkan kalah untuk kali kedua, Haikal!" Mira mencapai sebatang Dunhill dan Zippo berkulit emas, dicucuhnya pada hujung tanpa filter dan api merah pun hidup, "Katie Hayne itu Mira ... dan Mira itu Katie Hayne!" Asap rokoknya pun memenuh ruang bilik studio yang kecil itu yang disewa dengan harga 280 dolar untuk setiap minggu.

Monday, August 27, 2007
BAB 2
Haikal memandang ke luar, kosong. Pohon-pohon hijau yang rendang merimbun itu bertari-tari apabila disapa oleh semilir awal pagi. Kawasan Yarralumla ini terlalu sunyi. Apatah lagi pada awal pagi Ahad seperti hari ini, memang seperti tak bermanusia langsung!
Kawasan Yarralumla di pinggiran City of Canberra itu merupakan kawasan-kawasan kedutaan seperti mana kawasan Jalan Ampang di Malaysia. Rumah kedutaan yang sebuah-sebuah dengan taman besar, pejabat-pejabat konsulat dengan bendera kemegahan negara masing-masing; itulah rupa wajah kawasan Yarralumla tempat Haikal dan keluarganya tinggal sejak tiga tahun lepas, sejak mereka berpindah ke sini dari Jepun.
Haikal mengeluh sambil mengelih kepada Jennifer yang masih tergedang di atas katilnya.
"Aku benci dengan jantan yang gila betina!" Masam tampang Jennifer menghantar makna-makna kebencian yang sungguh-sungguh. Setelah menanggalkan pakaian tebalnya, kemudiannya pakaian dalamnya diluruhkan satu persatu tanpa segan, tanpa secubit pun perasaan malu, dan Jennifer membuang tubuh gontainya di bawah gebar tebal di atas katil besar Haikal.
Haikal memandang Jennifer dengan tersenyum, "itulah kehebatan lelaki. Memancing ikan mahal di atas daratan," terpecah tawa Haikal pada pagi yang terlalu dingin, jam 3 pagi. Dan Haikal sekadar menyeluruhi tubuh montok Jennifer sedang nafsunya mati tiba-tiba. Betapa sebelum ini, ibaratnya Haikal ini sang kucing kelaparan yang dihidangkan Friekies enak apabila Jennifer berkeadaan bogel bulat sebegini. Tetapi, manakah hilang nafsu berahinya malam ini, tiba-tiba, seperti orang berpenyakit kelamin jadinya.
Ya, ya, nafsu itu rupanya mati serentak dengan turunnya seorang puteri kayangan, Katie Hayne! Haikal tersenyum simpul sedang lensa mengerling Jennifer yang melerai-leraikan rambutnya mengurainya, "Kau jangan nak main-main dengan aku, Haikal! Nahas kau nanti ..." Tajam jelingan Jennifer; anak ahli perniagaan makanan segera terkenal di Canberra itu mengirimkan ancam kepada Haikal. Rona tampangnya berwarna keras melukiskan seluruh perasaan jiwanya yang membungkam kesumat membuak-buak.
"Jennifer, Jennifer ..." Tawa Haikal menjadi meriah semula apabila digertak begitu oleh Jennifer. Tatkala Haikal mengerling Jennifer semula, gadis manis yang menjadi teman wanitanya setelah perpisahannya dengan Amber Chua, wanita kacukan Cina Australia, sudah karam dalam keletihannya. Lelah Jennifer terhambur melalui dengkur-dengkurnya, sekejap perlahan dan seketika kemudian kasar dan ada gegar.
"Katie Hayne!" Hati Haikal tiba-tiba terjerit setelah lama merenung kosong.
"Kalau kata esok pagi aku masih bernyawa, aku akan pastikan budak itu akan menjadi milik aku!" Haikal tersenyum sambil memintal jurai-jurai rambutnya.
Sesekali suara dengkur Jennifer singgah ke indera dengar Haikal. Pada kadang-kadang yang lain, ada suara-suara racau dari Jennifer, dan kadang-kadang dengkuran Jennifer tenggelam dalam suara heater yang sudah berapa lama tidak diservis. Haikal menjeling gadis itu dengan senyuman sinis - kasihan, kau pun akan menerima watikah perpisahan sebagaimana gadis-gadis manis yang terdahulu. Selamat tinggal sayang! Haikal mengucup dahi jernih Jeniffer yang sedia tenggelam dalam mimpinya yang menakutkan, mimpi kehilangan Haikal!
Haikal kemudiannya mencapai kotak Marlboro dari atas meja kaca dengan kakinya dari besi tempawan, mencapai pemetik api dan bergerak ke sliding door, dibukanya sedikit dan dia bolos di balik cermin kaca bertabir itu. Angin menyerbu bagai mahu terbang dirinya dan dia sedikit tergigil kepala lututnya. Haikal mencari kerusi rotan di pojok balkoni dan melantunkan tubuhnya di situ.
"Katie Hayne!" Haikal berbisik lagi, kepada angin, kepada pepohon hijau, dan kepada alam kelam tanpa cahaya bulan, sambil api pun menjadi merah meriah pada hujung sebatang rokok. Haikal menghisapnya dalam-dalam sambil anak matanya menyeluruhi seluruh kawasan taman hijau di depan banglo mewah dengan lima bilik tidur itu. Betul-betul setentang dengan bilik bujangnya adalah laluan panjang yang akan bertemu dengan pintu pagar dengan seorang pengawal yang sentiasa berkawal. Di kiri jalan pula adalah taman-taman bunga yang menjadi kegilaan Mummy sedang di halaman yang bertentangan adalah taman Jepun yang dibina Daddy sebaik sahaja mereka berpindah masuk ke sini.
Pandangan Haikal tetap kosong, "Katie, Katie Hayne!" Ah, hanya itu yang terbayang, tergambar, terdengar pada seluruh indera Haikal saat itu. Pada pupuk matanya ada Katie Hayne yang anggun mengancam, pada cuping telinganya ada suara Katie Hayne yang lembut lemak, pada cucuk hidungnya terbaukan wangian Ester Lauder yang dikenakan Katie Hayne yang meninggalkan bau yang terlalu harum. Ah, Haikal tak keruan. Katie Hayne! Katie Hayne! Katie Hayne!
"Tetapi ... Mira?" Akal fikir Haikal sedikit terganggu dengan bayang-bayang gadis tomboy yang manis itu. Dahi Haikal pantas sahaja dipalit keruh kesah. Mira, anak hartawan terkenal itu, ah, tentu sahaja ada episod baru dalam permusuhan mereka. Haikal ketawa kecil mengenangkannya dan kemudiannya mendengus tiba-tiba, "celaka betul budak Mira nih! Kalau dia mahu jadi penghalangnya, aku sanggup lakukan apa sahaja demi Katie Hayne!" Bergegar meja rotan yang dibeli Mummy dari Bali tatkala digegah tangan sasa Haikal, habuk rokok bertebaran bak puing-puing gunung berapi dan balkoni sempit menjadi sepah dengan puntung-puntung rokok bertaburan.
"Celaka kau Mira!!!" Haikal menjerit kuat. Beberapa kelompok burung yang bergayutan tidur di dahan-dahan rendang jadi cempara, unggas kecil terjaga awal pagi itu, dan beberapa helai dedaun kering berguguran lebih dahulu dari masa yang sepatutnya. Haikal menumbuk dinding batu di belakang meja rotan lantas sahaja tangannya jadi merah menyala.
"Allahu Akbar Allahu Akbar" Amarah Haikal kepada Mira itu terpadam oleh suara azan yang bergema sayu. Dari ruang balkoni yang terlalu dingin dan menaikkan bulu roma itu suara azan dari Canberra Mosque yang sekadar lima minit berjalan kaki dari banglo keluarga Haikal itu kedengaran terlalu lunak dan hidup.
Untuk seketika Haikal tersedar betapa dia sudah lama tidak bersembahyang. Haikal menarik nafas panjang, menghimpun resah dan menghembus lelah itu untuk pergi bersama dengan angin-angin pagi. Kali terakhir dia solat, bila? Ah, dia sendiri tak ingat! Mungkin, mungkin, ah pada usianya yang ke15 tahun. Ya, sebelum dia dan keluarganya terbang ke Afrika, ke Jepun dan sekarang di Canberra kerana Daddy menjadi duta Malaysia di negara-negara itu. Ya, ketika itu arwah Datuk masih ada, dan itulah kali terakhir Haikal sembahyang, dan Daddy pun rasanya itulah kali terakhir, dan Mummy juga.
"Oh Tuhan!" Untuk julung-julung kalinya lidah Haikal bergetar dengan nama Tuhan. Tetapi, seketika itulah, pada beberapa detik itu sahajalah. Dan selebihnya ingatannya kembali tumpah pada Katie Hayne, Katie Hayne, dan Katie Hayne.
Rokok yang sebatang sudah ditenyehkan hujung puntungnya sedang badannya terasa terlalu sejuk, anak matanya rasa terlalu letih, Haikal memandang Jennifer yang sedang enak jendera, "aku akan bersama dengan Jennifer untuk kali terakhir dan siang nanti adalah salam perpisahan untuk dia!" Haikal melompat atas katil empuk dan lantas sahaja mendakap erat tubuh telanjang Jennifer. Bersama suara takbir imam Canberra Mosque yang kedengaran sayup-sayup adalah suara Jennifer yang merengek manja, kemudiannya makin perlahan bersama peluh-peluh yang terpercik melimpah.

Sunday, August 26, 2007
BAB 1
"Minum! Minumlah sepuas-puasnya! Aku belanja kauorang semua!"
Dan ketawa Andrew dan Johnson pun berderai, bertingkah-tingkah dengan suara botol yang berkerincingan. Sebotol yang baru dibuka oleh Andrew menghadiahkan busa-busa putih yang memercik penuh ke atas meja mereka yang sedia berselerak.
"Kau memang baik dan best, Haikal ... macam malaikat!" Tawa Johnson menjadi besar tetapi tetap tenggelam di dalam bunyi muzik latar Bourbon Bar yang bingit. Syiling pub itu sedia terpercik dengan lampu disko yang rencam warnanya seperti menghadiahkan rupa syurga kepada pengunjung-pengunjungnya.
Johnson dan Andrew adalah dua teman baik Haikal, malahan mereka sekelas di Australian National University dalam Business and Admistration Studies. Dan, antara mereka bertiga punya persamaan; kacak dan kaki perempuan! Satu universiti mengenali mereka bertiga, malahan, Playboy Canberra!
Oh ya, Johnson dan Andrew adalah peneman tetap kepada Haikal pada setiap malam Sabtu sebegini, samada di pub-pub di Manuka, atau Belconnen, atau kadang-kadang malam Sabtu begini mereka pernah sahaja turun berdansa hingga ke Sdyney yang jaraknya tiga jam perjalanan. Tetapi, selalunya mereka bertiga akan ke sini, Bourbon Bar di tengah-tengah City of Canberra. Mereka tetap bertiga, cuma pasangan sahaja berubah-rubah. Kadang-kadang gadis Australia, kadang-kadang Jepun, atau China, malahan Afrika pun pernah mereka usung ke sini.
"Malaikat?" Haikal menjeling Jennifer yang didakap akrab.
"Ya, akulah malaikat pemberi rezeki!" Tawa Haikal terpecah. Gegak Johnson semakin gegar dan suara Andrew yang berambut tegak bagai balung ayam terserlah bagai gema guruh. Dan, mereka yang asyik berdansa di depan pentas seluas dua gelanggang badminton seperti tidak terganggu langsung dengan 'malaikat' bertiga itu. Sesekali Jennifer menambah bumbu dalam tawa panjang mereka. Jennifer tawa mengekek pabila dicium dengan rakus oleh Hakimi.
"Cuma aku harap kau tak jadi malaikat pencabut nyawa, Haikal!" Sampuk Andrew, lalu tawa mereka menjadi gempa yang menggegar pub Bourbon Bar.
Ah, malam-malam Sabtu sebegini di tengah bandaraya Canberra; pub dan disko ibarat syurga yang mengirimkan warna-warna bahagia kepada pengunjungnya. Bermula di kepala bangunan Fletcher Jones sehinggalah ke convience shop Quick&Go, malam-malam minggu sebegini adalah siang yang panjang kepada mereka. Kereta-kereta pengunjung disco, pub dan bar tersusun penuh seperti hari-hari bekerja sahaja rupanya. Cukup meriah dan hidup amat malam sabtu begini!
Northbourne Avenue; jalanraya yang menghubungkan antara suburb utara dan selatan di Canberra, Australia ini tetap hidup dengan kereta yang berderai-derai meskipun usia kian melewati angka dua belas. Sesekali cahaya lampu dari kenderaan yang simpang-menyimpang di luar pub singgah ke dalam yang sedia bergemerlapan dengan lampu neon.
"Aku dah mengantuklah, Haikal!"
"Hey Jennifer, malam masih muda!" Johnson menghabiskan sisa carlberg di dalam gelas runcing di depannya. Seorang wanita muda pelayan bar dengan skirt separas paha kemudiannya menghampiri meja mereka setelah digamit datang oleh Johnson,"tambah lagi dua botol. Botol besar, tau ... sebesar dada awak!" Dan Johnson ketawa nakal. Gadis pelayan hanya kelihatan tersenyum, manja.
"Lagipun kan malam nih birthday Haikal ... kita minum sampai pagi." Andrew, matanya yang sudah merah menyala kemudian gelak berdekah-dekah. Dia cuba mengapai hidung Jennifer yang mancung, tetapi sempat dielak oleh perempuan yang genit itu dan kemudiannya Jennifer rebah dalam dakapan Haikal.
"Sayang, sekejap lagi kita balik, ok?" Haikal mengucup bibir delima Jennifer untuk beberapa ketika dan gadis itu tercungap-cungap menahan nafas. Pengunjung pub tiba-tiba bersorak meriah apabila penyanyi wanita yang baru muncul dari balik tirai pentas hanya mengenakan sehelai pakaian nipis yang menampakkan tubuhnya yang menggiurkan. Riuh!
Suasana Bourbon Bar di laluan London CCT yang betul-betul di tengah City of Canberra yang setentang dengan kawasan parkir kereta yang luas itu kemudiannya diam seketika. Para pengunjung leka menikmati suara lunak penyanyi genit berpakaian seksi yang mendendangkan lagu Love Don't Cost a Thing yang dipopularkan oleh Jennifer Lopez. Masing-masing ghalit. Beberapa pemuda yang duduk-duduk pada meja hadapan kelihatan melopong bernafsu memandang penyanyi genit dengan buah dada besar dan tubuh pejal itu.
"Keperanggg!!!" Suasana gegar tiba-tiba. Penyanyi genit melompat, buah dadanya meloncat dan tubuh mungilnya sudah terselindung di balik tirai pentas. Dia kelihatan terjenguk-jenguk, debarnya jadi beribu-ribu dan tergigil lututnya ketakutan. Bunyi botol pecah dan kelihatan dua lelaki bertengkar, betul-betul di meja paling hadapan. Seorang wanita cantik dengan subang bergayut yang mungkin berusia 30-an kelihatan ketakutan dan memencilkan diri di penjuru meja bulat itu. Kelihatan dua lelaki berbadan sasa bercakaran dan saling memaki hamun. Suasana jadi gempar tiba-tiba. Damai telah dihalau pergi dengan penuh keterpaksaan. Dan dengan botol arak yang dipecahkan pada tangan lelaki bertubuh gempal dan sedia diacukan sebagai senjata berlawan, suasana pub cukup mendebarkan. Beberapa pemuda di meja-meja lain kelihatan terpinga-pinga dan beberapa orang cuba memenangkan lelaki itu. Kedua-duanya kelihatan berdegil.
Dan pada kiraaan seminit kemudiannya, kelihatan dua orang pegawai polis yang lengkap beruniform yang kebetulan meronda di luar laluan London CCT itu datang membubarkan dua lelaki yang bercakaran itu. Setelah ditenangkan (digertak!) oleh polis berdua itu, lelaki yang mengenakan pakaian kulit hitam dan berjambang kemas kelihatan meninggalkan pub itu sambil mulutnya terus memaki-hamun dan mencerca-cerca. Suasana reda seketika, penyanyi genit di atas pentas yang terhenti nyanyiannya tadi kembali melagukan iramanya yang mengasyikkan sambil melenggukkan tubuhnya yang menggiurkan.
"Haikal ... tu Mira, kan?" bisik Andrew seraya pandangan mereka tumpah pada dua tubuh wanita yang baru sahaja lolos ke dalam pub, sambil daun pintu yang terkuak menghantarkan butir-butir kesejukan musim dingin yang mengigit dari luar pub.
"Sayangku Mira!" Laung Johnson tanpa mempedulikan orang lain, dan Mira; pelajar Australia National University itu kelihatan menuju kepada mereka. Teman yang dikepit tangannya juga ikut membontoti Mira kepada meja Haikal, Johnson, Andrew dan Jennifer. Kedengaran bunyi siul-siulan nakal dari beberapa meja tatkala Mira dan gadis muda bersamanya melintas meja-meja itu untuk sampai ke meja mereka berempat.
Mata Haikal terus sahaja tertancap kepada gadis yang ikut bersama dengan Mira - aduh, matanya, hidungnya, gerak bibirnya, ah, gadis ini bidadari syurga! Pandangan Mira menikam tajam, Jennifer menjeling bagai mahu terbersil biji matanya dan Haikal tergagap-gagap, "lama tak nampak kau ke sini, Mira."
"Aku sibuk sikit!" Balas Mira sambil tangannya bersalamanan dengan Andrew dan Johnson, dan akhir sekali Jennifer yang kelihatan letih benar. Bau arak tersebar dari mulutnya yang terhias dengan gincu ungu muda.
"Sibuk?" Dan Haikal ketawa, mengejek. Hanya Haikal yang faham erti tawa anehnya dan bagai menyimpan maksud lain yang lebih bermakna. Matanya kemudian kembali singgah kepada gadis ayu yang ikut bersama dengan Mira,"tak nak kenalkan kawan kau nih kepada kitaorang semua?" Mira terdiam seketika melayan tawa Haikal yang menikam itu. Mira sedar angin perseteruannya dengan Haikal, jantan buaya di depannya ini tak pernah henti bertiup, sejak lama, sejak beberapa detik yang telah lewat.
"Gadis cantik dari kayangan!" Tawa Johnson tiba-tiba hidup semula. Lensanya lama tak berkelip tatkala memandang gadis cantik yang bersama dengan Mira ini. Andrew hanya terdiam, terpaku, bagaikan tak percaya, oh betapa dalam dunia ini ada wanita yang secantik gadis ini, wanita yang dipinjam dari syurga!
Tanpa dipelawa kemudiannya gadis itu bersuara, "Katie, Katie Hayne!" Kemudian tangannya menyambut tangan-tangan nakal Johnson, Andrew dan Haikal yang kalut menyalaminya, kononnya sebagai tanda perkenalan. Lama tangan Haikal memaut tangan lembut milik Katie Hayne sembari pandangan mereka bertaut, hati mereka seperti mahu bersatu, saat itu juga. Ah, hampir sahaja Haikal terduduk tatkala menerima senyuman perkenalan dari gadis ayu (gadis ayu!) itu.
"Jantan sial!" Gumam Jennifer antara dengar dan tidak. Tajam dia merenung tangan Haikal yang bersatu dengan tangan Katie Hayne, seperti sahaja mahu tembus. Tetapi, jauh di hati terpencilnya Jennifer turut terpesona dengan gadis muda itu. Cemburu merajai naluri wanitanya!
Beberapa ketika kemudian Katie Hayne menyambut tangan Jennifer, ada pertembungan antara mereka. Sinar mata mereka berasakan, naluri wanita mereka berlaga, ada ombak berkucah, ada gelora yang tiba-tiba sahaja menggunung, "aku, Jennifer!" Dan sebuah senyuman yang terpaksa, sebuah senyuman yang bagaikan menghantar watikah peperangan menjadi milik gadis itu, Katie Hayne.
"Aku tak senang di sini! Ayuh kita ke sana Katie, " suara Mira tiba-tiba terlantun dan pantas sahaja dia mengaut pangkal lengan Katie Hayne yang masih terpaku dan kemudiannya berlalu dalam keterpaksaan. Pun, Katie Hayne masih sempat melontarkan senyum simpulnya kepada Haikal.
Haikal terkesima. Johnson dan Andrew menyimpan perasaan cemburu. Dan Jennifer masam mencuka.

Subscribe to:
Posts (Atom)