"Maafkan aku sebab tak boleh berterusan menemani kau!"
"Tak apa, aku faham ... " Mira terbatuk-batuk. Walaupun begitu dia memaksa juga dirinya untuk tersenyum. Sesekali jemarinya meramas-ramas pucuk uban-ubun, terasa seperti melayang-layang pun, seperti dibawa terbang oleh angin yang bertiup lembut.
"Aku tahu kau sibuk dengan kerja, bukan?"
Katie Hayne hanya mampu tersenyum walaupun tampak hambar sekali, "makanlah lagi nasi air yang aku buat nih ..." Sambil-sambil itu jemarinya memicit-micit belakang Mira. Belas benar dia melihatkan keadaan Mira yang tak terurus itu. Sejak balik dari Bourbon Bar hujung minggu lepas Mira langsung sahaja terlantar tak keluar ke mana-mana ke kelas sekalipun. Batuknya sesekali kedengaran kasar dan cukup meresahkan. Begitulah keadaan Canberra terutama pada saat awal-awal perubahan musim daripada musim sejuk kepada musim bunga, mudah benar ditimpa demam. Kata orang - alah debunga!
Mira tersenyum, rasa bahagia yang sungguh-sungguh. Hanya Tuhan yang bisa mengerti akan kebahagiaannya saat itu, walaupun hakikatnya dibalut dengan baju tebal dan dilapis pula dengan gebar tebal, sedang batuk terpecah tanpa henti kadang-kadangnya, sejuk mengggigil, malahan, tetapi apabila sesekali dilawati oleh Katie Hayne, ah dia terlalu bahagia. Bahagia metah!
"Kau nih baik sangat Katie Hayne ..." Mira cuba menggapai kotak Dunhill yang masih bersisa sebatang atau dua batang lagi di dalam balutan emasnya.
Pantas tangan Katie Hayne merampasnya, "berhentilah merokok tu! Lagipun kau tu demam!" Tunak Katie Hayne merenung anak mata kuyu keletihan milik Mira yang sudah menolak gebar tebal ke hujung kaki. Mira hanya berdengus kecewa, pandangannya dilontar keluar dari pada bangunan asrama Unilodge menerusi cermin-cermin kepada di sisi kiri bilik studionya. Mentari Asar tampak berbalam-balam dan malu-malu, bandar Canberra seperti sahaja akan disirami oleh hujan pada bila-bila masa sahaja.
"Ada budak Haikal tu cari kau?" tukas Mira, anak matanya menjeling Katie Hayne yang tercatuk di hujung katil bujang yang berserabuk dengan sebuah bantal dan dua keling gebar tebal guna buat memerangkap haba demi segera menghilangkan demam. Mira dalam kepayahan memaksa dirinya untuk duduk melongo di atas bangku meja belajarnya, merenung ke laluan Marcus Clarke St yang makin galat dipenuhi oleh kenderaan, terutama kala-kala selepas habis waktu kerja begini.
Katie Hayne terdiam, "tak ada!" Katie Hayne mengumam perlahan.
"Betul tak ada?" Kali ini Mira menjegil tampang ayu Katie Hayne. Rona mata Mira menghampiri makna-makna cemburu yang tak mampu diselindungkan lagi.
"Makan nasi air nih ... sikit sangat kau makan tadi!" tanya Katie Hayne, cuba mengalih tajuk perbualan sebetulnya. Dia kurang selesa apabila diselidiki begitu oleh Mira - apa hak Mira untuk menyoal-siasat mengalahkan seorang penyiasat persendirian? Tetapi, rasa geram dan tidak puas hati Katie Hayne itu hanya berputar-putar di dalam benak akalnya dan tak terbebas di atas landasan bicaranya.
"Betul budak Haikal tu tak mencari kau?" Kali ini suara Mira lebih keras, ada ira-ira keras pada tampang sakitnya. Suaranya berbaur-baur dengan dengus-dengus keresahan yang tak mampu ditebak apa puncanya yang benar.
"Tak ada!" Katie Hayne manjawab malas. Matanya ikut merenung apa yang direnung oleh Mira, ke luar dari bangunan asrama Unilodge itu. Di depannya ada bangunan-bangunan yang sederhana tinggi yang membentuk lanskap bandar Canberra. Di atas sebahagian bumbung bangunan itu ada beberapa papan iklan yang besar, termasuk iklan syarikat penerbangan QANTAS yang besar-besar dan betul-betul di hadapan bangunan Unilodge.
"Bagus!" Kali ini barulah senyum bertaut pada bibir Mira yang pucat-lesu.
"Kau tak mau dah nasi air nih?" Katie Hayne membalas senyuman Mira meskipun hatinya sedikit memberontak apabila didesak begitu oleh Mira tadi. Apa hak Mira, jiwa Katie Hayne terus merusuh! Baru menjadi kawan sekadar sebulan dua sudah mahu mengongkong, jiwa Katie Hayne mendesah!
Mira yang membalas pertanyaan Katie Hayne dengan senyuman lebar dan geleng-geleng, "aku tak selera!" Tangannya pantas mencapai kotak Dunhill yang terlepas pandang oleh Katie Hayne dan lantas api merah pun menjadi meriah pada hujung sebatang Dunhill. Beberapa ketika kemudian kepulan asap putih tipis berhembusan pada sisi cermin terbuka di ruang luar yang terbebas untuk bersatu dengan kabus dan kabut.
"Lagi baik kau tak jumpa dengan jantan jahanam begitu, Katie!" Asap putih berkepul-kepul lagi, sambil mentari Canberra sudah menantikan hujan petang. Katie Hayne hanya terduduk di bucu katil Mira tanpa suara, tak ulasan hanya terdiam bungkam.
Tuesday, September 11, 2007
Friday, September 7, 2007
BAB 7
"Terima kasih sangat, kak ... " Sekilas Zulaika menjeling kepada Nurul Iman yang dipanggilnya kakak, sedang tangannya rancak merincik bawang besar - cadangnya untuk digunakan sebagai bahan tumis nasi lemak di pagi hujung minggu.
"Kenapa?" tukas Nurul Iman kembali, tampangnya merona dengan rias-rias hairan - ah, bicara gadis yang setahun lebih muda darinya ini kedengaran aneh pula, Nurul Iman berbisik-bisik di dalam hati. Tangannya turut sama lincah, memotong-motong cili merah yang akan direbus dan kemudiannya dimesin dengan pengisar untuk dijadikan kuah sambal ikan bilis buat menemankan nasi lemak panas berpagi-pagi musim bunga. Tentu berselera makan pagi hari ini, seperti mahu terpecah kecur air liur Nurul Iman, saat itu juga.
Zulaika terdiam lama, jemarinya masih tetap sama, lincah, "sebelum ke sini ... Ika manusia jahil dan banyak dosa, Kak. Ika manusia hina, Kak!" Kedengarannya terlalu sayu, meruntun jiwa. Air mata Zulaika hampir-hampir terburai cuma sekadar diempang oleh kelopak matanya yang terasa panas.
"Keluarga saya jahil kak ... " Matanya berair. Entahlah air mata, ataupun dirembes oleh bawang besar yang memedihkan. Suasana jadi hening. Waktu itu juga, suara unggas alam, entahkan burung jenis apa yang berlagu sedap bersuara sedap di luar rumah sewa mereka di tingkat tiga apartment The Space itu.
"Sembahyang? Saya hampir tak pernah bersembahyang, Kak! Teruk kan saya?" Zulaika cuba untuk ketawa, tetapi kelihatan terlalu kaku dan dibuat-buat.
"Sabar lah Ika ... sabar!" Nurul Iman menepuk-nepuk bahu Zulaika yang sudah mulai teresak-esak menahan sebak. Dada Zulaika berombak turun naik, dengus-dengus kekadang kedengaran kasar dan sesekali tenggelam ditelan oleh suara alam yang berpupuk dengan bayu yang sepoi-sepoi.
"Solat Dhuha tadi, misalnya... kalau tak duduk serumah dengan kak Nurul, sampai ke matipun saya tak akan lakukannya, kak ..." Tangannya berhenti dari merincik ulas-ulas bawang, diketapnya gigi taring demi menahan sedih yang membuak-buak di dalam dada. Hidungnya merah tiba-tiba, kembang-kempis menahan rasa pilu yang singgah tanpa jemputan.
Pagi tadi tidak seperti hujung minggu yang lain. Selalunya mereka akan pergi berjogging samada di sekitar kampus Australian National University, ataupun sesekali berjogging di trek sekitar Lake Burley Griffin, tetapi kerana sepanjang malam mereka berjaga untuk qiamullail lalu pagi ini mereka keletihan sedikit. Jadi, mereka hanya berehat-rehat di rumah sahaja.
"Ika, tak apa-apa. Belum terlambat lagi! Ika patut bersyukur dengan ketentuan Tuhan, dan Ika kena berazam sungguh-sungguh bahawa dalam tempoh tiga tahun Ika berada di Canberra nih Ika nak belajar mendalami agama," ada senyum pada bibir manis Nurul Iman, pelajar tahun dua jurusan Ekonomi dengan pengkhususan dalam Pentadbiran Perniagaan itu. Ah, senyuman yang manis ibarat mentari sulung musim bunga yang menghadirkan gembira pada warga dunia betapa sejuk dingin sudah berlalu dan bunga-bunga yang cantik itu akan bersemi bila-bila masa sahaja.
"Tapi ... dosa saya terlalu banyak kak!" Zulaika, yang setahun lebih muda dari Nurul Iman itu menangis teresak-esak. Air mata yang cuba diempangnya cermat-cermat terpecah juga. Pipi gebunya menjadi kali yang mengalir laju.
Nurul Iman, wajahnya yang masih terpecah dengan sisa-sisa air wuduk lewat solat dhuha yang baru ditunaikannya lantas sahaja memeluk tubuh gontai Zulaika, teman serumahnya, "Ika, kakak masih ingat salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bunyinya begini; Apabila hambaku mendekatiku sejengkal,maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan,maka Aku dekati dia dengan berlari." Nurul Iman, kakak senior yang baik dan penyayang bersuara lembut, berbisik perlahan-lahan ke cuping telinga adik juniornya yang menangis bagai anak kecil.
"Sungguhkah Allah itu Maha Pengampun, Kak?" tukas Zulaika tiba-tiba. Tampangnya yang tadi merah kerana tangisan tampak cerah serta-merta. Dia seperti sahaja beroleh semangat yang baru. Dia seperti mendapat tenaga yang yang terjelma dikirimkan oleh angin dari jihat yang paling utara, "walaupun dosa kita terlalu banyak, kak?" soal Zulaika lagi. Tunak ditenungnya anak mata Nurul Iman yang masih ragu-ragu, separuh terkejut dengan perubahan Zulaika yang mendadak begitu.
"Mengapa tidak, Zulaika!" Nurul Iman menghadiahkan Zulaika senyuman, paling cantik, paling ikhlas, paling menenangkan sukma sesiapa sahaja yang menyaksikan senyuman bak purnama ilma belas itu.
"Zulaika ... sahabat Nabi yang namanya Umar, tanyalah apa dosa yang tak pernah dibuatnya? Arak, bunuh anak, berzina, pendek kata semuanya pernah dibuat oleh Umar al-Khattab sebelum zaman Islamnya. Tetapi, apabila Umar al-Khattab masuk Islam, dia bertaubat dan sungguh-sungguh mencari keredhaan Tuhan..."
"Betul Kak?" Anak mata Zulaika berkesip-kesip, seperti sahaja mentari pagi pada langit Canberra. Sama, pada mata Zulaika yang bundar itu ada sinar, seperti sebuah sinar harapan.
Nurul Iman lantas angguk,"Tuhan itu Maha Pengampun, Ika! Bahkan Tuhan itu sentiasa sahaja ternanti-nantikan hambaNya untuk datang membawa taubat mereka."
"Kak Nurul, tolong ajar Ika tentang agama, ya!" Gadis manis yang baru beberapa bulan datang ke Canberra itu cuba tersenyum, nampak manis meskipun air matanya tetap bertakung.
Nurul Iman membalas senyum, terangguk-angguk, "InsyaAllah, selagi kakak mampu!"

Wednesday, September 5, 2007
BAB 6
Haikal tersambar oleh api kemarahan yang merah terbakar,
"Mira!!!" Kedebum!!! Ditendangnya pintu bilik bujang pada tingkat atas asrama Graduate House. Tak ada suara yang membalas dari balik pintu tebal.
Kedebum!!! Kali kedua, "Mira, buka pintu nih!!!" Tiada jawapan. Yang datang hanyalah suara-suara angin yang berdesir melalui laluan koridor yang bercahaya samar-samar meskipun di luar mentari semakin garang.
Haikal menanti jawapan, kalau-kalau Mira akan membuka pintu. Di dalam kotak fikirnya, kolam sanubarinya hanya ada satu persoalan - Mira, beritahu aku tentang budak itu, Katie Hayne! Tetapi, malangnya pintu itu tak terkuak walau sejengkal apatah sehasta. Tetap kaku, tetap di situ.
Seorang pemuda berbangsa kulit putih yang mungkin sahaja dari Australia sendiri, atau bangsa Eropah lain dengan lengkap berpakaian sukan dan peluh mereneh pada wajahnya yang tersambar dengan rona merah memandang Haikal dengan aneh dan Haikal merenung tajam kepada lelaki itu sedang amarahnya tetap sama, membuak pada lambung-lambung tertinggi - Mira, aku mahu Katie Hayne! Lelaki tinggi lampai itu tiba-tiba disergah ketakutan dengan renungan yang seperti mahu menerkam dari Haikal dan lekas-lekas bolos di dalam biliknya yang berselang tiga pintu dari bilik Mira. Mira? Sama; Mira yang tak keluar membuka pintu. Haikal mendengus kepanasan!
"Mira ... tolong aku, Mira!" Kali ini tiba-tiba suara Haikal terlantun rendah, seperti seorang lelaki merayu kepada kekasihnya agar jangan diucapkan selamat tinggal. Ah, begitulah beberapa gadis sebelum ini diperlakukan oleh Haikal; setelah habis madunya dihisap dan Haikal akan meninggalkan gadis-gadis manis yang menemani malam-malamnya di atas ranjang dengan tawa kepuasan. Dan gadis-gadis manis itu merayu - Haikal, tolonglah! Nah, pagi ini Haikal pula yang terpaksa merayu - Mira, tolonglah aku. Tolonglah!
Haikal terus menanti beberapa ketika lagi. Bunyi burung-burung gagak yang riuh berteriak dari pepohon rendang di luar bangunan Graduate House itu sesekali singgah ke indera dengar Haikal yang tetap sama - marah, marah dan marah, "Mira!!!" Kedebum! Ada gegar apabila pintu tebal itu ditendang penuh kudrat oleh lelaki sasa seperti Haikal.
Di dalam bilik bujang itu, Mira sedang tidur dengan nyenyak setelah semalaman tidak dapat tidur sejak balik dari Bourbon Bar. Dia begitu asyik memikirkan Katie Hayne yang baru dikenalinya minggu lepas. Dan lebih utama, dia begitu resah memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan Katie Hayne daripada dirampas oleh jantan jahanam, Haikal. Mira sekadar tersembam menyembah meja belajar yang penuh dengan assignment yang separuh jalan. Katil bujangnya dengan cadar berceloreng bak kulit harimau terpenuh dengan dua kotak rokok yang sudah kosong sedang kain gebarnya tertendang di hujung kaki katil. Sejak tadi indera dengarnya disumbat dengan earphone yang berlagu dan terus berlagu dengan suara penyanyi kelahiran New York yang diminatinya, Cristina Aguilera.
Mujur juga! Kalau tidak kerana earphone yang berlagu dengan When You Wish Upon A Star nyanyian Cristina Aguilera itu, ah pastilah akan ada perang dunia, perang dunia ketiga. Selamat! Ya, dalam tidur yang terlalu lena dan separuh mabuk itu Mira sempat memetik bintang bersama dengan Katie Hayne. Ah, itu hanya sekadar mimpi-mimpi mainan tidur sedang di luar biliknya Haikal bagaikan orang sasau yang gila talak. Mira, buka pintu! Mira, buka pintu!
"Sial betul betina nih!!!" Dan buat kali terakhir satu tendangan kuat menjadi milik pintu tebal. Ada gempar. Ada gegar. Sedang di dalam jiwa Haikal ada rusuh, ada amarah yang membuak-buak tanpa mampu disejukkan oleh dingin musim sejuk yang sudah benar-benar di penghujung musim.
Beberapa ketika, ada ngauman yang ditinggalkan oleh BMW 328i Sport Steptronic enam kelajuan warna hitam pekat dengan pemandunya yang kemarahan beraja-raja, Haikal. Dari Garran Road, memecut ke tengah City of Canberra dengan kelajuan yang maksimum, mengambil jalan Northbourne Avenue melewati jambatan Commonwealth Avenue Bridge dan membelok ke kiri - Acton Park!
"Tuhan ... mana Katie Hayne?" Haikal mengetuk-ngetuk stereng kereta mewah dengan rim mahal 17 inci itu. Ah, buat julung-julung kali Haikal kesasau kerana seorang makhluk bernama wanita. Dan buat julung-julungnya kalinya juga Haikal menyebut nama Tuhan. Ah, betapa anehnya lelaki yang bernama Haikal kali ini, kerana gadis ayu yang serba istimewa; Katie Hayne.
Haikal merenung ke tengah Lake Burley Griffin yang tampak cerah dipanah oleh mentari pagi, Haikal tersenyum tanpa sebab. Dan kemudian dia ketawa kecil, "Katie Hayne ... tiba-tiba aku jadi gila kerana kau. Aneh betul ..." Haikal bersuara sendirian dari dalam kereta mewah dengan kerusi empuk yang dibalut dengan kulit mewah. Dibukanya sedikit cermin di kiri dan kanan pemandu dan berderu-derulah angin tasik menyerbu masuk sambil menyejukkan hatinya yang terlalu panas tadi.
"Katie Hayne!!!" Haikal menjerit sekuat hati, betul-betul di pinggir tasik beberapa langkah dari BMW mewahnya yang masih ternganga pintu keretanya. Beberapa kumpulan burung yang terdiri dari Meliphaga paruh-kuning, atau Meliphaga Flavirictus dan Petohui Jambul, atau Petohui Cristatus berterbangan ketakutan, jauh-jauh ke seberang Lake Burley Griffin di sebelah City of Canberra.
Dan di luar kesedaran Haikal, di seberang sebelah sini Lake Burley Griffin, di sebelah City of Canberra, betul-betul setentang dengan tempat Haikal seorang gadis ayu menjerit nama Haikal. Dan gadis itu keresahan, sama seperti Haikal. Dan gadis itu adalah Katie Hayne. Ya, Tuhan seperti sengaja meletakkan Lake Burley Griffin itu sebagai pemisah antara dua hati mereka. Ah, takdir Tuhan, betapalah makhluk kerdil bernama manusia bisa menentang dan mengubah ketentuannya.
Mentari terus menjinggakan perdaerahan Canberra, angin tasik terus bertiup dengan sesekali deru-deru kuat dan kadang-kadang pula sepoi-sepoi, dan dua hati yang terpisah oleh tasik biru; hati-hati Haikal dan Katie Hayne benar-benar diselimuti oleh keresahan, kerinduan, rindu pandang pertama!

Sunday, September 2, 2007
BAB 5
"Hi Haikal! Awal pagi nih ..." sapa Mummy.
" ... " Sekilas pandangan Haikal singgah kepada Mummy yang sedang membawa satu mug yang pastinya berisi dengan air teh o kegemaran Daddy, melewati dua anak tangga menuju kepada Daddy. Kemudian anak mata Haikal melintasi Daddy yang bersantai di ruang tamu kedua, "Daddy, bila balik?" Lantas sahaja Haikal mencari tangan Daddynya, disalam dan diciuminya.
Haikal tahu, dia cukup sedar, dia manusia dengan hati syaitan. Ah, tanpa orang memanggilnya sebegitupun dia sudah teramat sedar. Dosa apa yang tak dibuatnya?
Minum arak? Ah, minuman rasmi!
Main perempuan? Hei, perempuan mana yang terlepas, Jepun, China, Amerika, dan, dan, ah, tak terbilang.
Solat? Ah ... hampir 10 tahun dia tak bersolat, kecuali Jumaat. Itupun kerana terpaksa dek leteran Mummy yang lebih lancar dari ucapan khutbah, dan selalunya dia memilih untuk tidur di rumah ketika lelaki Islam lain sedang khusyuk, atau kurang-kurangpun terlentuk mendengar khutbah khatib di Canberra Mosque.
Tetapi, untuk Daddy dan Mummy - sumpah, apa yang mereka suruh itulah Haikal yang akan cuba penuhi. Dia tak mungkin ingkar, betapa lagi menderhakai mereka. Tak mungkin! Itu prinsipnya!
"Semalam ... pukul 11 lebih!" Suara garau Daddy yang sentiasa sahaja sibuk, termasuk semalam yang terpaksa mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ada lawatan rasmi tiga hari di Sdyney. Daddy kemudiannya melipat surat khabar Canberra Times edisi hujung minggu dan mencapai mug yang baru disuakan oleh Mummy, "nak keluar? Awal betul!" Bibir Daddy kemudiannya menjadi basah dengan sisa teh o yang menjadi kemestian Daddy. Mencabut bingkai cermin mata petaknya dari pangkal telinga lantas menyoroti Haikal.
"Ada hal sikit, Daddy ..."
"Tak minum dulu? Nanti Mummy minta Bibik Supiah buatkan air milo dan roti bakar kalau nak." Sempat Mummy menjelajahi tubuh Haikal, anak keduanya dari atas-bawah-atas-bawah, jarang benar anak sayangnya bersiap awal-awal pagi begini apatah lagi kalau hari-hari cuti, Mummy tersambar dengan hairan, meskipun sedikit.
"Terima kasih Mummy! Haikal nak cepat nih, nanti Haikal balik makan tengahari aja," Haikal memberi janji. Hakikatnya dia sendiri tak pasti, mampukah dia balik tengahari nanti. Apa yang ada, yang bersarang dalam kepalanya - Mira, aku ada urusan dengan kau!
"Haikal ..." Lantas sahaja Haikal memalingkan wajahnya kepada Mummy. Ada kelembutan pada raut wajah Mummy yang sudah pun melewati angka-angka 40-an. Ada air-air yang tersisa pada rambut ikal Mummy sedang wajah Mummy seperti masih basah lagi, ah betapa Mummy tentu sahaja usai bersolat Dhuha, tebak Haikal hampir pasti.
"Mummy tak suka!" Tiba-tiba ada geruh pada wajah Mummy. Haikal meneguk air liur. Langkahnya mati tiba-tiba. Sekilas Mummy menjeling Daddy yang berhingguk-hingguk atas kerusi malas di tengah ruang tamu kedua yang serba mewah dengan set sofa kulit yang ditempah khas dari Itali, perabot-perabot kayu jati Bali dan tivi Hitachi berskrin tipis dengan buka muka 42' itu. Ada dengus-dengus dari Mummy tatkala melihat Daddy seperti tidak apa-apa, seperti tak mempedulikan dia dan Haikal.
"Jennifer!" Ada nada tegas. Ada kebencian. Haikal diasak resah sedang tapak kakinya seperti terpaku pada karpet tebal dengan corak merah yang cantik buatan tangan dari perdaerahan Esfahan, Iran.
"Walaupun kita hidup di negeri kafir, tetapi kita tetap kita, kita tetap Islam! Mummy harap Haikal faham." Haikal hanya menunduk. Untuk melawan Mummy, memang dia mampu, kalau dia mahu, pokoknya itu bukan caranya. Dengan Mummy, dengan Daddy, dia akan mengalah. Di tahu dia anak, dia tahu dia wajib patuh kepada mereka. Kemudian dia angguk, perlahan-lahan.
"Angguk ... kemudian buat lagi, kan?" Mummy menempelak lagi. Daddy buat-buat tidak dengar. Kelihatan Daddy pun bagaikan duduk tidak kena, tempias kemarahan Mummy itu seperti terkena-kena kepada Daddy juga. Langsung dia terkenang hidupnya dahulu, muda-muda, ketika usianya seperti sahaja usia Haikal sekarang. Kehidupannya sama, saling tidak tumpah seperti Haikal juga. Perempuan padanya ibarat pakaian yang ditukar-ganti setiap hari, sehinggalah dia berkahwin dengan Maryam, yang kemudian mendapat tiga cahayamata; Ahmad Hakimi, Ahmad Haikal dan Ainul Marlisa.
Kemudian suasana menjadi hening seketika, masing-masing diam; Daddy terpelosok di dalam kerusi malas yang memang memalaskan, berkelakuan seperti orang bersalah, Mummy dan Haikal terpacak bagai patung tanpa suara, lalu yang beraja hanyalah suara heater pemanas yang berlagu perlahan, "Haikal keluar dulu, Mummy!" Haikal memanggungkan wajahnya, perlahan-lahan semberi memandang Mummy dengan penuh hati-hati. Mummy masih tunak merenung Haikal rupanya, sepertimana Mummy merenungnya dulu-dulu, ketika Haikal masih kecil-kecil tatkala Haikal membuat salah. Ah, betapa Haikal menjadi sungguh takut dengan dengan renungan Mummy yang tajam begitu pada masa itu, dan kini pun tetap takut.
"Jangan lupa pulang makan tengahari," dan barulah Mummy memberikan sekuntum senyum. Cantik! Oh, Haikal menarik nafas lega. Pun, Daddy masih tetap gelisah seperti memetik kenakalan zaman mudanya yang gila wanita. Sesekali hati lelaki tua itu dimamah kepiluan, entah bila dia akan diberi secangkir insaf oleh tuhan. Usianya semakin tua, Daddy merenung ke luar, ke taman hijau yang rimbun, merenung masa lamanya.
"Ok!" Semberi seulas senyum dari Haikal. Beberapa saat setelah daun pintu tebal ditutup dan meninggalkan bunyi dentum gegar bunyi kenderaan pun bergemersiklah,
"Mira, aku ada perhitungan dengan kau!" Mentari makin panas di cucuk langir Canberra semacam panasnya hati dan perasaan Haikal yang mengejar sesuatu, Katie Hayne!

Subscribe to:
Posts (Atom)